Friday, February 19, 2010

DI MATA DIA


gerimis pecah di pelipis
kuseka
kelopak masih kemarau
sedang lakrima tidak ngilu luruh
perdu suara jadi kelu
dan bisu
seperti senyap malam


ibu
di matamu ada pelbagai cerita
kukutip dari setiap kelopak deritamu
musim rebah kau bangkit
ada hiba yang tak pernah kau tebarkan
namun tiba-tiba aku jadi tahu cerita sakit
di antara celah usiamu
kian perit
memikul sengsara

jangan lagi ada sisa mutiara jernih, ibu
di matamu yang begitu indah
biar ada doa yang melirik
manis di renungan
walau tangismu pernah banjir maya
pondok usang kita
yang pernah menjadi istana bahagia
setiap detik perharian kita

kini, ibu tidak lagi tersedu
bila matanya sudah
lama bertaut

selamat bersemadi
dan maafkan dia yang pernah melukai

.

2 comments:

haiza najwa said...

mak ehh..berkaca mata I baca. Sdeh puisi you Azah. lama tak berkunjung ke sini, I tinggalkan air mata plak. Skrg I nk jengok ibu I kat balkoni dapur, you buat I sdeh psl dia yg dah tua. Terima kaseh Azah. Your poem mampu menyentuh hati sesiapa saja.
Ada pusi bagus di //harisindera. blogspot.com
Jom ke sana Azah? Kirim salam I kat dia..

dYzA aiNuN said...

alaa, kak haiza ni...buat l turut nk nangis sama. kak haiza sedey, dyzapun sedey sama...jom kita ke blog haris