Wednesday, December 2, 2009
Saturday, November 28, 2009
selamat hari raya korban 2009
Telah terpilih antara yang banyak, seekor lembu jantan yang begitu hebat dan perkasa untuk dijadikan korban. kelihatannya ia begitu pasrah dan bersedia untuk dikorbankan.
bakal menghadap ILLAHI dengan tenang dan bermaruah.
Alhamdulillah...
Bertepatan dengan sabda RASULLULLAH SAW:
'sembelihlah udhudiyah dan senangkanlah hatimu, kerana tidak ada seorang muslim yang menghadapkan haiwan sembelihannya ke arah kiblat,
melainkan darah binatang itu, tanduk
nya, bulunya menjadi kebajikan yang
diletakkan di atas timbangannya di hari
kiamat kelak.'
SEKITAR UPACARA MENGORBANKAN SEMBELIHAN DI
HARI AIDIL ADHA. SEMUANYA DEMIMU YA ALLAH.
maka terimalah segalanya di sisiMU agar sempurnalah segala
pengorbanan kami di sisiMU sebagaimana pengorbanan datuk
kami HABIL dahulu. AMIN...
















SELAMAT BERKORBAN DI RAYA AJI
seekor lembu pilihan. kelihatan tegap dan perkasa. badannya putih dan bersih.
posing dulu ni sebelum berkorban...
Sunday, November 22, 2009
JAMUAN AKHIR TAHUN
SELAMAT MENJAMU SELERANilah antara juadah untuk jamuan akhir tahun bagi semua murid tahun enam sekolah aku. nasi minyak ayam goreng merah gok. tak sempat ambik gambarnya. tak per, selera le tu. ni penambah selera je ni. buat pembasuh mulut yang dah sedia manis.












dipersilakan makan.
bacalah bismillah dan doa makan dulu ya anak2...
waduh2...
hmmm, best...
berseleranya...
boleh tambah tak?
eh, boleh..boleh...
makan lagi, jangan malu2

tu lah, jamuan akhir tahun buat semua murid tahun enam sekolah aku. lepas ni, aku sure susah dah nak jumpe dia orang ni. masihg-masing bawa haluan senidir. belajar ke sekolah menengah ikut pilihan hati sendiri.
apapun, aku akan sentiasa doakan kecemerlangan buat mereka semua. mudah-mudahan, mereka semua berjaya. bakal menerajui negara buat masa depan.
tapi, jangan lupakan semua gurumu di sini, sayang.
SELAMAT MELANGKAH KE SEKOLAH MENENGAH ANAK-ANAK DIDIKKU...
ingatlah, cikgu sentiasa menyayangimu.
PERHIMPUNAN MINGGUAN TERAKHIR 2009
Perhimpunan terakhir 2009 bagi sekolah aku. lepas ni, sekolahpun cuti.hmm, jumpe atau taknya tunggu le tahun baru 2010 dengan semua student.






senyum!berdiri tegak tau!
sepenuh perhatian!
asyiknya mendengar ucapan...

SELAMAT BERCUTI buat semua pelajarku sayang.
mesti rajin belajar juga walaupuns ekolah cuti, tau. ingat pesan cikgu ya anak2...
jangan main banjir. BAHAYA!
Nanti jumpe lagi tahun depan. tahun baru 2010
bye, salam sayang...
Saturday, November 14, 2009
Kuhimpun rindunya

mesra tercantum di matanya
lalu kuanyam di bibir garing
wajah itu jadi ngilu dan pilu
di tengah sendu yang hanyut
rindukah dia
tika mimpi itu jatuh di perdu penantian
namun
tiada pertemuan
sudah berabad musim dia menjenguk
janji pulang seorang kekasih
sang suami
yang melangkah di dada waktu
tika inai masih lagi mewangi
di ujung jari
lalu kuanyam di bibir garing
wajah itu jadi ngilu dan pilu
di tengah sendu yang hanyut
rindukah dia
tika mimpi itu jatuh di perdu penantian
namun
tiada pertemuan
sudah berabad musim dia menjenguk
janji pulang seorang kekasih
sang suami
yang melangkah di dada waktu
tika inai masih lagi mewangi
di ujung jari
pasrahkah
atau jemu yang jenuh?
Monday, November 9, 2009
Gaya Si Botak Macho

fullamak...
bergaye betoi anak bujang aku ni.
tapi nasib lerr, kepala dah kena botak. macam botak chin ler jadinya.
dia seronok je. tengok tu senyumnya mengalahkan shah rukh khan.
bergambar pulak dekat motosikal abahnya.
senyumnya macam tak berapa nak jadi je. malu ler tu. almaklum le, kepala dah kena botak. senyum pun jadi kantoi. tapi tak pe dik Khalis. botak-botakpun tetap macho.
kalau tak caye tanya le Mawi yg selalu aje hilangkan rambutnya tu. macho kan?
adikpun macho gak. ala2 mawi gak tu.
matanya macam mata org2 tibet sana. tapi, tak pe dik.
hidung tak mancung, pipi pula tak berapa nak sorong2.
isyyh, apa ler punya umi . asyik duk kutuk je anak bongsu kesayangan ni.
tak per dik. jangan risau. besar nanti, adik pasti hensem.
asal saja hati dan budi tetap dilarasi oleh iman nan tinggi. biar terus di rahmati ALLAH...
hmm, sayang adik ls kusayang...
botak bukan sebarang botak. botak ada kelas gitu...
Subscribe to:
Posts (Atom)
